Thursday, March 12, 2009

selamat ulang tahun sayang... - among my favourate song...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

#pride and glory#

huish... tensen tui aku...

ampa bayang ek... nak bangun pagi di waktu ari ujan da satu cabaran... nak mandi pagi di waktu ari ujan da satu cabaran... nak kuatkan semangat nak pi kelas tatkala rumet ngah sedap beselimut di waktu ujan da cabaran... nak nek moto redah ujan pon satu cabaran... on the way nak p parking motor nampak awek nek scoot pakai baju kurung putih setelah meredah ujan pon dah cabaran... masuk kelas dengan separa kuyup dok bawah kipas lak di ari ujan pon cabaran...

sekali, lecterer masuk kelas dia buka buku teks n mengajaq sambil membaca buku teks... dia baca ja apa mat saleh tu tulih n then siap skip² menda x penting kononnya lagi... hat ni memang cabaran btui... better x yah ada kelas kalu dia nak bacakan apa yang ada dalam tu... better aku baca seniri kat umah... btui dak??? kurang sket cabaran... huhu... nyampah btui aku lecterer mcm ni... da la buku teks tu guna ayat kelasik mat saleh zaman kuno... nak paham pon da payah kalu xdak kamus dwibahasa oxford fajar inggeris melayu joyce m. hawkins edisi ketiga... ni, dia plak p dok baca ja menatang tu... last²... apa pon xpaham... cabaran btui la dapat lekcere mcm ni... huhu...

moral of the story: jumaat depan kelas wajib dibatalkan... arahan tuan aji hafiz kathi...

hehe...

-pride and glory-

renungan sejenak

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)


hehe...

uiks... weih... ampa nak dak tips nak ngorat awek??? hehe... amek ni...

Tips ini saya rasa khusus untuk lelaki je kot sebab mesti la lelaki yang nak tackle perempuan kan? Takkan la perempuan nak tackle lelaki kan… Tetapi, ade je perempuan yang nak tackle lelaki.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para jejaka sekalian bagaimana caranya untuk kita mendekati dengan sesorang gadis yang kita ingin berkenalan. Atau dalam kata yang lain, nak ber’kapel. Kalau korang ada tips yang lain, boleh la berkongsi sama dekat ruangan komen tu. Sama-sama kita tolong antara satu sama lain.

Jangan Terburu-buru…

Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

Be Gentleman…

Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…

Usik-usik la sikit…

Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

Mulut kena manis…

Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.

Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

Biar dia rindu…

Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan kitorang semua. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti. :D

hehe... cuba la ek kengkawan kalu rajin.... even aku rasa ni tips biasa, tapi bagi sesapa yang x pandai men tu bley la cuba... k??? hehe...

welcome to my blog..

uiks... hehe... akhirnya aku terajin gak nak buat blog...
ekceli aku malas nak men blog ni... almaklum la... org kampung... mana nak reti guna² kompiter ni... huhu... tapi memandangkan suma org da ada blog so rasa mcm ketinggalan plak kan kalu xdak... hehe... so aku pon buat la... ampa kalu rajin tulong² la ek bagi idea untuk memeriahkan blog aku ni... hehe...